Saturday, November 7, 2020

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.111) berkaitan surat Komandor iaitu adik Gabenor Jeneral Benggala (Selasa, 5 Jamadil Awal)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada Laksamana kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


ahwal akan surat Komandor adik Jenderal Benggala dibawa Kapitan Bes ini sudahlah beta bawa kapitan itu mengadap surat itupun sudah kapitan itu sendiri maklumkan ke bawah duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia maka keluar titah suruh beta balas surat sahabat beta ini dalam sehari dua ini duli baginda hendak menyuruh pergi kepada Komandor itu pada penyuruh duli baginda itulah hendak dibalas surat Komandor itu pinta sahabat beta nyatakan pada Komandor itu ahwal inilah beta beri Kapitan Bes ini berlayar balik segera pada sahabat beta buat surat lima hari bulan Jamadil Awal hari Selasa tamat

No comments:

Post a Comment