Qawluhu al-Haqq
Surat kasih sayang serta tulus ikhlas daripada Seri Pekerma Jaya Pulau Langkawi sampai kepada Gurunador Pulau Pinang yang memegang perintah laut dan darat dan lagi akil bijaksana wa ba’d dari itu
ahwal maka adalah datang surat daripada To’ Gurunador sampailah dengan sempurnanya maka tersebut di dalamnya perintah Maris kehilangan hartanya dituduh Maris atas Panjang Pak Leha bersama2 Cik Lembing maka dalam dibicara perintah itu maka Cik Lembing pun larilah ianya inilah ikrarnya mas itu maka segala surat2 perintah itu tatkala mas itu sudahlah diserah beri di dalam tangan Maris kesemuanya suruh bawa pada To’ Penggawa Kapitan Melayu maka sekarang ini hendak dibuat lain pun surat perintah itu tiada lagi ingat kerana perintah itu lama sangat sudah dengan sebab ianya lari ke negeri inilah maka tiada selesai inilah ditakrifkan perbuat surat ini pada empat hari timbul bulan Syaaban hari Sabtu tamat al-kalam tamat
No comments:
Post a Comment