Sunday, November 29, 2020

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.181) berkaitan permintaan lembu

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan ke hadrat qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia 


ahwal surat qadam Dato’ beri mari pada Nakhoda Husna Marikan itu telah sampailah pada hamba Dato’ maka tersebut di dalamnya qadam Dato’ kehendaki daftar maka inilah daftar hamba Dato’ salin beri pergi pada Nakhoda Husna Marikan maka qadam Dato’ kehendaki lembu itu sudah hamba Dato’ suruh beli jika sudah terhimpun boleh hamba Dato’ beri pergi surat maklumkan pada qadam Dato’ boleh qadam Dato’ suruh orang mari terima lembu itu demikian lagi barang berkehendak qadam Dato’ di dalam Kedah ini pinta qadam Dato’ nyatakan mari boleh hamba Dato’ kerjakan dengan sesungguh hati barang sedapat hamba Dato’ itu kerana hamba Dato’ pun sorang sakai pada qadam Dato’ boleh qadam Dato’ suruh hamba Dato’ ini ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan izzat bertambah2 ‘ala al-dawam tamat

No comments:

Post a Comment