Sunday, November 29, 2020

Surat Ikrar Sultan Muhamad Jiwa Kedah (MS 40320/7, f.179) berkaitan penyerahan kapal (Khamis, 7 Rabiul Akhir 1185, Tahun2 Zai / 20 Julai 1771)

Qawluhu al-Haqq

Sanat 1185 tahun2 Zai pada tujuh hari bulan Rabiul Akhir pada hari Khamis ketika itu Nakhoda Cik Ni mari [tidak jelas] di Kota Kayangan dimaklumkan perintah Kapitan Perangsis Laik dan Nyonya ambil janji daripada Kapitan yang baharu mari itu hendak [tidak jelas] disamun Bugis bawa ke Selangor 


itulah ia hendak beli beri dengan modal diberinya ambil serahkan Nakhoda Cik Ni dengan [tidak jelas] surat persembahannya mari maklumkan kami maka kata Nakhoda Cik Ni apabila ada kapal tentulah ditolong kapitan beli berikan patik tatkala sudah patik terima kapal itu betapa hal patik boleh melayarkan kapal daripada serang dan tandil khelasi mualim dan barang yang kurang daripada tali agar serba2 siapa akan menolong hal patik maka inilah kami perbuat surat ditentukan dengan hari bulan diserahkan wakil kami Nakhoda Cik Ni apabila sudah boleh kapal itu diterima Cik Nik maka hendaklah kapitan tolong segala hal sakit sukar beberapa belanja biaya di atas kapal itu menyampaikan kami kapitan beri serta buat daftar ambil daripada Cik Ni tanda ia terima daripada harga kapal dan segala belanja ditentukan banyaknya mari terima ambil pada kami tiada gendala hak kapitan pada kami kerana nyata kami pinta tolong pada kapitan sekali inilah kami hendak terima kasih kapitan apabila ada hayat kami boleh kami balas kebajikan kapitan yang baharu mari itu maka akan surat ini apabila Cik Ni terima kapal dengan belanja surat ini kapitan terima ambil taruh bersama daftar daripada Cik Ni bawa mari pada kami tanda kapitan serah dan terima tamat

No comments:

Post a Comment