Sunday, November 22, 2020

Surat cit Syahbandar Seri Lela Pahlawan kepada Francis Light (MS 40320/7, f.152) berkaitan kapal yang masuk ke Kuala Bahang (3 Syaaban)

Surat cit daripada Syahbandar Seri Lela Pahlawan sampai kepada Dato’ Gunador Pulau Pinang yang mulia 


ahwal kekanda maklumkan perintah Kapitan Datson masuk ke dalam Kuala Bahang maka ditempuhnya pelantar dan jambat kekanda habis binasa jika seperti kepada berani kekanda adat maka ini penyuruh hadrat Dato’ tiadalah boleh kekanda bicarakan lebihlah maklum Dato’ Gurnador pada kekanda orang tua ahwal inilah kekanda nyatakan pergi surat ini tiga hari bulan Syaaban tamat

No comments:

Post a Comment