Tuesday, November 3, 2020

Surat Raja Muda Perlis kepada Francis Light (MS 40320/7, f.100) berkaitan lebai Bugis yang hendak menunaikan haji (Khamis 25 Safar 1205 Tahun Dal Akhir / 4 November 1790)

 Qawluhu al-Haqq

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berputusaan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raja Muda yang memerintah bandar Kota Indera Kayangan sampai kepada sahabat beta Gurnador yang memerintah bandar Pulau Pinang yang termasyhur sebutan pada jalan berkasih kasihan antara segala handai taulannya 


kemudian dari itu beta nyatakan itulah lebai orang Bugis hendak pergi naik haji ke tanah yang mulia maka itulah beta pinta dengan penolong sahabat beta beri tumpang kapal yang hendak berlayar ke sebelah sana serta beta pinta jangan sahabat beta beri kena upahan kapal itu padanya kerana lebai itu orang fakir serta sahabat beta beri surat pinta tolong pada segala tempat ia tumpang surat itupun sahabat beta beri taruh pada lebai itu bersama surat sahabat beta itu maka itulah beta nyatakan pergi surat hari Khamis lima likur timbul bulan Safar tamat 1205 tahun Dal Akhir

No comments:

Post a Comment