Allah Akbar
Surat tulus dan ikhlas kasih serta sayang daripada Penghulu Yang Empat Suku di dalam Batu Bahara datang kepada sahabat kita Gurnador yang memegang perintah di dalam kota Pulau Pinang yang amat murah serta dengan adilnya daripada hal mendirikan adat lembaga yang telah tertentu di dalam hukum adat
ahwal akan hal surat sahabat kita yang dibawa oleh Encik Usup telah sampailah kepada kita maka tersebut di dalamnya mengatakan sahabat kita minta antarkan orang yang di dalam surat sahabat kita dan khelasi2 yang ada di dalam Batu Bahara itupun tiada apa akan salahnya akan tetapi takriflah sahabat kita kerana orang Batu Bahara tiada berdaya melainkan jikalau sahabat kita hendakkan sekalian yang tersebut di dalam surat sahabat kita itu melainkan sahabat kita antarkan harganya barang yang tersebut di dalam surat sahabat kita itu kepada kita serta patutnya bagaimana orang jual beli maka kita serahkanlah barang yang ada lagi khelasi di dalam Batu Bahara kepada orang yang disuruh sahabat kita membawa harganya itu kemudian akan hal mualim orang putih yang dapat di Pulau Berhala itupun demikian juga itulah yang kita takrifkan kepada sahabat kita tamat
No comments:
Post a Comment