Tuesday, November 10, 2020

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.120) berkaitan lanun di Kurau, Kerian dan Kuala Perai (Khamis, 18 Rabiul Awal)

 Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Laksamana sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


maka adalah pada tujuh belas hari bulan Rabiul Awal hari Arba’ sampai mari surat Hakim Bandar Pulau Pinang beri mari nyatakan surat Raja Indera Setia tersebut kata orang lanun sudah masuk di dalam Kurau serta di dalam surat Raja Indera Setia itu dikhususnya kata hendak pergi ke Pulau Pinang maka sungguh dikhususnya kata khabar pulak pada hemat beta sebaiknya dibicarakan orang pergi dikhususkan juga boleh diketahui kehendak orang itu boleh kita beringat serta sahabat beta nyata mari jangan berputusan khabar boleh beta ketahui siapa tahu perintah orang jahat serta orang pergi Kerian pun sudah beta beri surat pada Hakim Bandar suruh nyatakan barang yang yang kurang daripada ubat peluru boleh sahabat beta tolong Kuala Perai itu boleh ditunggu Jaga jangan jadi alpa jadi tertipu kita pada orang yang jahat inilah beta nyatakan perbuat surat ini pada dulapan belas hari bulan Rabiul Awal tamat

No comments:

Post a Comment