Tuesday, November 24, 2020

Surat Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/7, f.163) berkaitan berkaitan bayaran barang jualan oleh Kapitan Tuha (Rabu, 4 Rabiul Akhir)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana 


kemudian dari itu maka adalah fasal ambilan Kapitan Tuha kepada perhamba dan Irang bawa ke Melaka dan ambilan menantu Irang seperti di dalam daftar perhamba beri pergi dibawa Nakhoda Tambi Kecik itu maka janji Kapitan Tuha pada perhamba tatkala hendak pindah pergi ke Pulau Pinang katanya hendak pinta tolong pada Tuan Gurnador tolong bayar kepada perhamba beri selesai seperti dalam daftar itu ini telah sudah berapa lama pindah pergi tiada bawa mari wasilkan pada perhamba maka inilah perhamba pinta dengan tolong Tuan Gurnador keluarkan seperti nama tersebut dalam daftar itu ambil serahkan pada Nakhoda Tambi Kecik itu bawa mari selesaikan pada segala orang tersebut itu besarlah penolong tuan Gurnador rakan perhamba ini kerana dikehendak baginda Yang Dipertuan suruh perhamba bayar akan orang kapal beri selesai sangat diteriaknya pada baginda hendak berlayar segera jangan gendala inilah kesakitan hal perhamba ini pergi surat hari Arba’ empat hari timbul bulan Rabiul Akhir tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment