Friday, November 20, 2020

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.151) berkaitan budaknya bernama Busu Kecik yang lari ke Pulau Pinang (21 Zulkaedah)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas yang tiada berputusan daripada Laksamana mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang dalam pelihara Tuhan alam 


kemudian dari itu barang tahu sahabat beta akan budak beta nama Busu Kecik yang hilang itu mari budak2 beta berkhabar kata ada di Pulau Pinang dalam kapal pinta sahabat beta ambil periksa bagaimana rupa perginya itu pinta sahabat beta nyata mari dalam surat ikrarnya itu boleh beta ketahui serta Mek Busu itupun pinta sahabat beta beri mari pergi surat ini pada selikur hari bulan Zilkaedah tamat

No comments:

Post a Comment