Ya Ghafur Rahim
Daulat tuanku Shah Alam Zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Raja Muda hamba hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia ampun tuanku
patik maklumkan ahwal adalah Kapitan Ushkut minta tolong pada patik dengan menyuruh Kapitan Guranador di Pulau Pinang minta batu kapur ia hendak buat gedung dan kota ia hendak beli batu itu inilah patik maklumkan jika ada limpah ampun jadi benar patik pohonkan batu di Bukit Kepalu itu barang patutnya jika diampun jadi benar patik hendak suruh putuskan harganya banyak hamba Allah rakyat Yang Maha Mulia yang miskin2 hendak kerjakan menjadi ayapan jika ampun patik pohonkan titah ampun tuanku daulat tamat
Bahawa akan seperti dalam surat hadrat paduka adinda ini jadi benarlah pada paduka kekanda paduka adinda suruhlah kerjakan jadi faedah hamba Allah itulah dinyatakan hadrat paduka adinda perbuat surat hari Arba’ tamat
No comments:
Post a Comment