Thursday, November 5, 2020

Surat Tengku Sharif Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.103) berkaitan masalah beras yang tidak boleh dibawa keluar Kedah (15 Jamadil Awal)

 Qawluhu al-Haqq

Surat cit daripada beta Tengku Sharif Muhamad sampai kepada sahabat beta yang baik budi perangai iaitu Gurnador Pulau Pinang 


ahwal surat sahabat beta beri mari dibawa Jaga2 sahabat beta kata sahabat beta hendak beras pada sebulan satu koyan maka sekarang ini sudahlah beta siapkan lagi murah sedikit harganya daripada dahulu boleh lima puluh rial satu koyan jika sahabat beta lagi berkehendak beras itu sahabat beta surulah Jaga2 terima ambil beras itu dan seperti lembu itu itupun boleh jua beta kirakan sebagai lagi adalah bicara Dato’2 sekalian dalam negeri Kedah ini hendak tahan beras tiada diberi keluar duli Yang Dipertuan pun hendak ikut suruh maka hendaklah sahabat beta beri sepucuk surat pada beta minta lepas beras sedikit2 ke Pulau Pinang sahabat beta kata orang Pulau Pinang ada kurang makanan boleh sahabat sembahkan kepada duli Yang Dipertuan dengan segeranya supaya jangan jadi bicara ada segala Dato2 hendak tahan beras itu kerana Dato2 dalam negeri Kedah ini sahabat beta lebih tahu bicaranya tiada betul berpusing hingga ia henda merusakkan negeri sahaja bicaranya sehari2 ini itulah beta nyatakan diperbuat surat pada lima belas hari bulan Jamadil Awal tamat

No comments:

Post a Comment