Friday, November 27, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.170) berkaitan sampan orang Putih dan permintaan minyak tir (28 Zulkaedah)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gunador Pulau Pinang 


maka adalah pesan sahabat beta pada Panjang Acheh kata sampan orang putih putus jika berjumpa minta ambil beri pergi maka itulah sampan itu orang berjumpa di laut beta tebus ambil diberi pergi pada Panjang Acheh sahabat beta terima ambil maka adalah beta hendak berguna minyak tir satu tong sudah beta kirim surat akan sahabat beta itulah beta minta sahabat beta beri mari boleh berdan beta hendak berguna minyak tir itu inilah beta nyatakan sahabat beta perbuat surat dulapan likur haribulan Zulkaedah hari Selasa tamat 

bermula akan minyak tir itu jika mudah boleh sahabat beta beri mari barang dua tiga tong boleh jadi guna kepada beta tamat

No comments:

Post a Comment