Wa Qadiya al-Hajat
Surat kasih sayang serta tulus ikhlas dan muafakat yang sudi daripada beta Paduka Maharaja Adinda sampai kepada pihak sahabat beta Gunador Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi dermawan pada jalan berkasih kasihan dengan sekalian handai taulan barang ditetabkan Tuhan langit dan bumi perangai yang demikian itu
kemudian daripada itu adalah beta menyuruh anak syaudara beta nama Cik Busu Kecik serta dengan temannya sebuah perahu muat lembu kecil besarnya delapan belas ekor beta suruh bawa sampaikan sahabat beta pinta dengan kasih bicara sahabat beta tolong bicara boleh dijualnya dengan harga yang baik sedikit lembu itu serta dengan kasih sahabat beta jangan dihuru hara orang di dalam Pulau Pinang itu boleh ia balit mari segera beta menyuruh pergi mari serta jika ada kasih sayang sahabat beta akan beta lagi beta pinta kasih besi lantai barang sebahara hendak dijadikan kerlak pisau kerana sangatlah kesakitan besi di dalam Perlis ini jika sahabat beta hendak kasihkan besi itu pinta serahkan pada Cik Busu Kecik yang membawa surat beta ini serta tentukan dengan harganya mudah beta hendak bicara kasih wasilkan sahabat beta barang kehendak sahabat beta terima harga besi itu rendah gunung tinggilah harab beta akan sahabat beta kasih boleh menyuruh pergi mari seperti yang telah lalu buat surat hari Khamis lima belas bulan Rejab pada sanat 1206 tahun alif tamat
No comments:
Post a Comment