Qultu
Surat daripada Yang Dipertuan Besar kepada nyonya dan Kapitan Prangsis Laik
bahawa akan surat daripada kapitan dan nyonya dibawa mualim kecil Mir Sab itu sampailah pada kami tersebut di dalamnya Kapitan yang baharu mari itu bercakab hendak beli kapal kami di Selangor berikan Nakhoda Cik Ni dengan penolong kapitan itulah bayar harganya dengan modal dirinya itupun besarlah penolong kapitan akan kami maka akan harganya itu mari sampai kapitan itu mengadap kami boleh kami bayar dengan timah atau barang yang dikehendakinya tiada gendala pada kami sebermula tatkala sudah boleh kapal itu di dalam tangan Cik Ni siapa pula menolong Cik Ni layarkan kapal itu ke Melaka atau ke mari daripada khelasi serang serba2 pun sepatutnya kapitan itulah menolong maka dapat Cik Ni itu layarkan apabila dikehendaki sudah2 pun boleh kami beri kalau kapal itu sudah dijual Bugis pada tempat lain jadi susah kapitan itu membicarakan modal kami itu tempat itulah kapitan dan nyonya tentukan periksa pada kapitan yang baharu mari itu dimaklumkan mari dengan segeranya boleh kami turut kerajakan sebermula jika ada rial ringgit barang dua ribu kapitan dan nyonya bicarakan beri mari di dalam harga timah kami perbuat belanja segala hal negeri kami perbuat surat pada sanah 1185 pada empat hari bulan Rabiul Akhir hari Selasa tamat demikian lagi opiun apabila sudah putus harga diberi mari pada Seri Setia Khan dua peti pada kami tamat
No comments:
Post a Comment