Saturday, November 14, 2020

Surat Bendahara Muda Negeri Perak kepada Francis Light (MS 40320/7, f.132) untuk menjalin hubungan dengan Pulau Pinang (Khamis, 20 Muharam)

 Qu al-Haqq

Surat tulus dan ikhlas kasih sayang daripada beta Bendahara Muda negeri Perak sampai kepada sahabat beta Senyor Gurnador negeri Pulau Pinang 


maka adalah beta ini mari dari Larut berjalan darat menurut anak beta tiada berjumpa di dalam Perai maka hendak pergi turut ke Kedah maka beta hendak singgah pada sahabat beta tiada sampai budi bicara beta kerana beta ini seperti orang lari maka inilah anak beta raja kerahabat suruh pergi berjumpa dengan sahabat kerana beta ini ada bicara besar dengan sahabat beta henda berkasih2han selagi ada bulan matahari dengan sahabat beta tetapi beta ini jikalau tiada dengan suruh sahabat pergi pada sahabat beta tiadalah beta berjumpa dengan sahabat beta pada sekali ini kerana beta mari tubuh saja suatu pun tiada tanda kasih sayang daripada beta hanyalah kambing ada dua ekor hadiah beta pada sahabat beta ahwal inilah beta nyatakan perbuat surat ini pada dua puluh hari bulan Muharam hari Khamis tamat

No comments:

Post a Comment