Monday, November 9, 2020

Surat Paduka Maharaja Adinda kepada Francis Light (MS 40320/7, f.117) berkaitan jualan lembu di Pulau Pinang (Ahad, 14 Syawal)

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih sayang tulus ikhlas dan muafakat yang sudi daripada beta Paduka Maharaja Adinda sampai kepada pihak sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi dermawan pandai memerintah akil kasih sekalian handai dan taulan barang tetabkan Tuhan langit dan bumi perangai demikian itu 


kemudian daripada itu adalah beta menyuruh dua haluan perahu bermuat lembu pergi berjual ke Pulau Pinang pinta dengan bicara penolong sahabat beta tolong bicara jual dengan harga yang baik sedikit kerana teman2 beta yang disuruh pergi ke Pulau Pinang itu tiada erti sangat adat perintah di Pulau Pinang itu harab akan kasih sahabat beta sahajalah genap pekaranya itu seperti yang telah lalu suruh penyuruh pergi mari jangan berputusan antara beta dengan sahabat beta buat surat hari Ahad empat belas bulan Syawal tamat alkalam

No comments:

Post a Comment